Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri dan Hari Raya Aidiladha

3:54:00 pm Yana Yani 1 Comments

Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri dan Hari Raya Aidiladha | Alhamdulillah, hari ini kita semua sudah pun memasuki 13 Zulhijjah 1438H dan merupakan hari terakhir kita menyambut Hari Raya Aidiladha. So hari ini YY nak berkongsi dengan korang semua mengenai perbezaan antara sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perkongsian ini pun selepas YY terbaca status Hamka (Kereta Mayat) di Facebook. Sejujurnya, YY pun baru tahu perbezaan antara keduanya. Selama ni main sambut aje. Takpe, hari ni kita sama-sama belajar ye (^_^)

So apakah perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha?

Imej http://bit.ly/2vEp2xd

1. Sambutan

Aidilfitri - Sambutan Hari Raya Aidilfitri atau juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa adalah bermula pada setiap 1 Syawal mengikut kalendar Hijrah. Hari Raya Puasa ini disambut bagi meraikan kejayaan umat Islam yang telah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan.

Aidiladha - Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban di sambut bermula pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah mengikut kalendar Hijrah. Hari Raya Korban ini disambut bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat akan perintah oleh ALLAH S.W.T. Pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah, ia dikenali sebagai Hari Tasyrik. Hari Tasyrik ni kalau nak mudah faham adalah hari selepas hari pertama sambutan Aidiladha. Pada Hari Tasyrik ni, kita dilarang berpuasa.

Baca: Sejarah Ringkas Hari Raya Korban

2. Makan Sebelum Solat Sunat Hari Raya

Aidilfitri - Sebelum kita pergi ke masjid untuk melakukan ibadah solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal, kita disunatkan untuk makan dahulu.

Aidiladha -Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha, sunat untuk kita makan selepas melakukan ibadah solat sunat Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah di masjid.

3. Solat Sunat Hari Raya

Aidilfitri - Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dilambatkan bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa yang belum menunaikan zakat fitrah untuk melakukannya. Harus diingat bahawa pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan sepanjang Ramadhan dan paling lambat adalah sebelum melakukan solat sunat Aidilfitri.

Aidiladha - Berbeza dengan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Ia lebih awal kerana bertujuan memberi masa atau waktu yang lebih panjang bagi melakukan aktiviti penyembelihan korban. Ini adalah antara hikmah kenapa kita disunatkan makan selepas solat sunat Hari Raya supaya makanan pertama yang kita makan pada Hari Raya Aidiladha adalah daging korban.

Ringkasan perbezaan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha

6. Takbir Hari Raya

Aidilfitri - Takbir Hari Raya bagi Aidilfitri adalah bermula pada waktu Maghrib terakhir Ramadhan  sehinggalah selesai imam berkhutbah pada solat sunat Aidilfitri.

Aidiladha - Takbir bagi Hari Raya Aidiladha pula bermula pada waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.

5. Sembelihan Korban

Aidilfitri - Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tiada sembelihan korban disunatkan.

Aidiladha - Sunat untuk melaksanakan ibadat korban ketika Hari Raya Aidiladha bermula selepas solat sunat Hari Raya pada 10 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. Tujuan kita disunatkan untuk menyembelih binatang seperti unta, lembu atau kambing adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia bertepatan dengan ayat 2 di dalam surah Al-Kautsar yang bermaksud: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah

6. Ibadah Haji

Aidilfitri - Tiada ibadah haji dikerjakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri

Aidiladha - Ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang wajib dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Ia dilakukan pada bulan terakhir dalam kalendar Hijrah iaitu bermula pada 8 sehingga 13 Zulhijjah.

So begitulah perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha yang dapat YY rumuskan. Kita sama-sama belajar ye. Lagipun tiada tarikh luput untuk menuntut ilmu. Nak dengan tak nak sahaja. Apapun, semoga apa yang YY kongsikan hari ini bermanfaat buat semua (^_^)

1 comment:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...