Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja

9:27:00 am Yana Yani 10 Comments

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja | Mengikut perkiraan, YY bekerja di tempat kerja sekarang belum pun sampai setahun. Tapi apa yang menarik, sepanjang tempoh tak sampai setahun tu, YY telah diberi peluang untuk menghadiri pelbagai jenis latihan berbentuk kemahiran. Sejujurnya YY terasa sangat teruja dan bertuah. Mana kan tidak, sepanjang hampir lebih sedekad mengerah tulang empat kerat mencari rezeki, tempat kerja sekarang merupakan satu-satunya tempat kerja yang memberi peluang kepada YY untuk menghadiri latihan.

Bagi orang yang sudah terbiasa menghadiri latihan, ia mungkin bukan sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Tapi bagi first timer seperti YY, ia sangat mengujakan!

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Bersama rakan sekerja dan trainer yang terlibat

Baru-baru ini YY menghadiri latihan berkaitan khidmat pelanggan selama dua hari di tempat kerja. Terasa seronok sebenarnya, pergi bekerja tapi tak bekerja. Haha!

Khidmat pelanggan bukanlah sesuatu yang asing bagi YY secara peribadi. Sebelum YY bekerja di tempat kerja sekarang, YY memang "mengabdikan" diri dalam bahagian khidmat pelanggan. Cumanya bila bekerja di tempat kerja sekarang, profession YY ditukar sedikit atas faktor desperate. Sekarang YY terlibat dengan sales. Ia sesuatu yang baru, tapi YY suka sebenarnya. Banyak benda baru yang YY belajar setiap hari. Lagipun kerja seperti ini sememangnya YY "dambakan". Haha!

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Tak sah training kalau takde role play kan. Huhu!

Sepanjang dua hari kami menghadiri training yang bertajuk Customer Care Excellent, kami dipimpin oleh Encik Shahrukh Moghal yang merupakan seorang warganegara Pakistan yang menetap di Malaysia. Dia ni katanya ada belasan tahun pengalaman dalam bidang khidmat pelanggan. Even training yang dia kendalikan pun sangat menyeronokkan. Bahasa paling mudah, tak bosan. Dia tahu ke mana hala tuju dia perlu bawa training tersebut. First time pergi training tak rasa mengantuk. Haha!

Well done Mr Shahrukh!

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Aktiviti "Si Buta" ini antara yang menyeronokkan sepanjang training
Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Giliran daku pula jadi "Si Buta"

Sebenarnya bukan latihan tu aje yang mengujakan YY. Peluang dapat beramah mesra dengan rakan sekerja secara peribadi juga pencetus rasa teruja. Bukan senang dapat peluang berborak secara santai dengan rakan sekerja walau kami duduk di dalam department yang sama. Kalau waktu bekerja, memang masing-masing fokus dengan kerja sahaja. So bila ada latihan ni, secara tak langsung YY mengenali mereka dengan lebih dekat. Bila dah borak punya borak, ada jiran taman sebelah rupanya.

Baru hari tu YY tahu. Haru betul. Haha! Tu lah perlunya beramah mesra dengan rakan sekerja. Lagipun dunia kita ni kecil aje. Tak guna sombong tak bertempat. Satu hari nanti kita mungkin perlukan pertolongan mereka.

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Group discussion yang sangat happening


Apa yang pasti, pengalaman seperti ini memang menyeronok bagi YY secara peribadi. Looking forward untuk menghadiri latihan kemahiran seperti ini in the near future. Banyak benda kita belajar, dan ianya sebenarnya bagus untuk career development. YY dengar cerita akan ada latihan untuk team building tak lama lagi. Tempat yang digambarkan untuk pergi tu, buat YY rasa teruja. So sebelum bersalin ni, kita lanyak segala yang boleh. Nanti dah ada anak kecil, mula bermacam alasan diberikan sebab tak sanggup nak berjauhan dengan si kecil. Huhu!

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY untuk kali ni. Semoga kita berjumpa di lain entry. Kalau korang berpeluang atau terpilih untuk menjalani latihan, pergi aje! Seronok tak seronok, belakang cerita. Yang penting kita belajar benda baru. Itulah yang sebenarnya mengujakan. At least, bagi YY (^_^)

10 comments:

  1. Replies
    1. kilang buat perabot. yang kamu tengok ni showroom.
      so memang agak selesa sebab nak tunjuk pada client ;)

      Delete
  2. Perkara2 macam ni memang menjadi satu pengalaman yang berharga. Selagi hidup ni, kalau sihat tu redah je :)

    ReplyDelete
  3. Kalau office lawa macam ni. Suka je datang pejabat kan

    ReplyDelete
  4. Untung dapat majikan yg prihatin..
    Seronok kan bila dpt belajar byk benda baru..
    Dapat pula kwn yg sporting :)

    ReplyDelete
  5. seronok bila sesekali ada aktiviti macam nih, dapat lari sekejap dari kerja dan dapat bermah mesra dengan kawan2 sekerja

    ReplyDelete
  6. Dpt plak trainer yang encem yea, kuikui..
    Yelah bila selalu ditrain camni tentulah naik bersemangat dan in shaa Allah kualiti kerja pun meningkat kan.

    ReplyDelete
  7. Sesekali gi training mcm ni boleh gak release tension kan

    ReplyDelete
  8. all the best YY.seronok sesekali menghadiri training

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...