Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti Vaksin

10:51:00 am Yana Yani 17 Comments

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti Vaksin‪ | Semenjak akhir-akhir ini ada beberapa jenis penyakit yang telah hampir dan juga sepenuhnya dibasmi muncul semula. Ini kerana keengganan segelintir ibubapa memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka atas pelbagai alasan. Paling menyedihkan, agama digunakan sebagai alasan untuk menghalalkan perbuatkan mereka. Mereka ini juga mempunyai kelompok tersendiri dan lebih dikenali sebagai gerakan anti vaksin.

Kewujudan gerakan ini dengan ideologi yang tidak berasas adalah sangat membimbangkan ibubapa seperti YY yang memberikan imunisasi lengkap buat kedua anak-anak YY. Paling menakutkan adalah wabak Difteria yang secara statistik berjaya ditanggani semenjak Program Imunisasi untuk kanak-kanak diperkenalkan pada awal 70-an. Tapi wabak berkenaan muncul semula dan terbaru telah mengakibatkan kematian kepada dua kanak-kanak yang tidak berdosa.

Menurut kenyatan akhbar yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, difteria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheria. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung.

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28U9c6C

Berhujah dengan mereka yang tergolong dalam gerakan anti vaksin hanya membuang masa kerana mereka tetap percaya apa yang mereka percaya. Entah dari mana datangnya kefahaman mereka yang mengatakan vaksin adalah agenda Yahudi untuk menghancurkan umat manusia. Ironinya, Zionis merupakan negara yang paling tinggi kadar imunisasinya. Malah, jadual imunisasi mereka adalah antara yang paling padat dengan pelbagai vaksin tambahan yang tidak diambil negara lain.

Kalau dah tinggi kadar imunisasi mereka, maksudnya apa? Mereka menghancurkan rakyat negara mereka sendiri?

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28Ua5w0

Betul, mengambil vaksin bukan maksudnya anak kita tak mati. Mati itu pasti. In fact semua orang akan mati. Itu memang kitaran kehidupan. Tapi kita mengambil langkah pencegahan daripada penyakit berjangkit. Bukankan lebih baik mengambil langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi sebaliknya. Ianya sama seperti kita memakai topi atau tali pinggang keledar. keberangkalian untuk kita cedera teruk dalam sesuatau kemalangan dapat dikurangkan dengan pemakaian topi atau tali pinggang keledar. Konsep dia sama.

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28U9c6C

YY rasa sudah tiba masanya untuk kerajan campur tangan dalam isu. Ini sudah jadi isu keselamatan negara. Pada YY ianya sesuatu yang serius lebih-lebih lagi penyakit seperti difteria cukup mudah berjangkit. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas pada mereka yang terlibat dalam penyebaran dakyah dalam gerakan anti vaksin. Gerakan ini perlu dihapuskan kerana ia sememangnya membawa implikasi tidak elok pada negara. YY sangat setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir dalam link yang YY kongsikan di bawah.

Sila baca dan hadam dengan teliti. Sangat berharap apa yang dicadangkan menjadi kenyataan. Biar hapus terus gerakan yang mempunyai ideologi tidak berasas ni.


Kalau dengan hujah dan segala bukti masih belum membuka mata gerakan anti vaksin dan mereka masih enggan memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka, lantaklah! Tak lalu nak nasihatkan orang bodoh sombong. Tapi tolong jangan bercampur dengan anak-anak yang diberikan imunisasi lengkap. Korang percaya apa korang percaya, dan kami, PRO VAKSIN percaya apa kami percaya. Jangan disebabkan kedegilan korang, orang lain yang tak terlibat turut terkena tempias. Ini soal hidup dan mati!

Kepada yang masih berbelah bagi untuk memilih terjebak dalam golongan mana, YY nasihatkan, bertanyalah pada yang pakar dalam bidang ini. Bukan guna Google ye! Baca benda daripada Google belum boleh jadikan korang pakar dalam bidang tersebut. Kalau rasa susah, ada banyak Facebook page yang dikendalikan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini. Boleh cari maklumat di Pseudoscience Watch, Medical Mythbusters Malaysia, Root of Medicine dan The Dressar & Co.

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28TvSDl

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui - Surah An Nahl Ayat 43

Terpanjang pula mengomel hari ini. Tapi YY memandang serius hal ini kerana ia melibatkan nyawa. Penularan penyakit yang sepatutnya boleh ditangani dengan pengambilan imunisasi secara teratur sangat menakutkan. Ianya sesuatu yang tidak boleh dimaafkan bagi YY. Sebab tu YY menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan anti vaksin.

Anyway, ini hanya pandangan peribadi YY semata-mata. Ia juga pandangan YY sebagai seorang Mama yang memberikan imunisasi lengkap buat kedua anak-anak YY. Semua sumber yang disertakan dalam entri ini adalah yang dirasakan sahih dan berguna untuk rujukan mereka yang memerlukan. Komen mereka yang terjebak dengan gerakan anti vaksin TIDAK AKAN DISIARKAN sama sekali di dalam blog ini. Blog aku, suka aku lah!

Sekian, Assalamulaikum.

17 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan

7:21:00 am Yana Yani 25 Comments

Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan | Hari ini 17 Ramadhan 1437H, hari di mana kita mengimbas kembali peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat iaitu hari di mana Al-Quran diturunkan. Ada setengah pendapat mengatakan mengatakan Nuzul Al-Quran sepatutnya disambut pada setiap 24 Ramadhan. Tapi YY bukan nak membahaskan mengenai hal itu. YY nak berkongsi sedikit rasa di hati. Mungkin juga satu penanda aras untuk YY terus bersyukur.

YY dah hampir sedekad berkhidmat di syarikat sekarang ni. Terasa macam dah terlalu lama, dan tiba masa untuk YY beralih angin. Tapi tiap kali YY hantar surat perletakkan jawatan, tiap kali tu lah ianya ditolak. Tapi staff lain hantar surat yang sama, diterima dengan hati terbuka. Rupanya majikan YY ada perancangan tersendiri. Dia hanya percaya pada YY sebagai barisan terakhir sebelum syarikat ini ditutup sepenuhnya.

Teringat peristiwa hampir sama ketika hampir dua minggu menjelang hari penikahan YY. YY diperhentikan kerja atas sebab yang hampir sama. Sepanjang dua bulan selepas berkahwin YY melilau mencari kerja. Terasa susah sungguh nak cari kerja ketika itu. Sehinggalah YY ditakdirkan untuk bekerja di syarikat sekarang sehinggalah ke hari ini. Rezeki yang ALLAH sudah tentukan untuk YY. Alhamdulillah.

Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan
Belajar untuk tidak stress

Setelah sembilan tahun, ianya terjadi lagi. Kali ini menjelang raya. Secara jujurnya, dari segi mental YY sudah bersedia. YY tak terasa sedih atau yang sewaktu dengannya. YY yakin ALLAH ada sebab mengaturkan semua ini untuk YY. Lagipun memang sudah kedengaran desas-desus penutupan sejak awal 2016. Cuma agak gusar nak melalui episod temuduga yang sudah lama tidak dilalui. Biasa YY aje yang dok temuduga orang, sekarang YY pula kena temuduga. Mau getar lutut dibuatnya. Hehe!

Insya ALLAH, YY okay. Cuma YY kesian dengan bos YY. Menangis aje kerja dia sejak berita penutupan disahkan. YY pernah tulis satu status di Facebook mengenai dia. Tapi ramai salah faham. Mesej yang cuba disampaikan, tak diterima atau difahami sepenuhnya. Ianya seolah nampak seperti YY menyumpah bos YY. Mungkin juga sebab status tu dalam Bahasa Inggeris. Awak Melayu, ada hati nak tulis dalam English, manalah orang nak faham dak? Hehe!

Beza antara kami walau sama jantina, adalah pegangan agama. Melalui dia YY nampak, betapa perlunya YY bersyukur dengan setiap apa yang YY miliki. Dalam sedu tangis, kadang terdengar dia mengeluh mengenai ujian yang dia terima. Penutupan syarikat digambarkan seolah Tuhan tidak berlaku adil pada dia. Sedangkan banyak sungguh nikmat yang YY nampak dia perolehi dari sudut mata kasar YY. Kalaulah dia tahu nikmatnya bersyukur dan berlapang dada.

Tapi dalam banyak benda yang boleh dia bersyukur, hanya satu yang YY biasa dengar. "Yana, I want you to know that I am always grateful to have you as one of my staff"

Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tentukan
Belajar untuk sentiasa bersyukur

So dikesempatan ni YY nak ajak semua pembaca blog YY ni untuk bersyukur dengan setiap rezeki yang kita perolehi. Setiap rezeki kita, ALLAH sudah tentukan sebelum kita lahir lagi. Bos YY mungkin tak faham kerana perbezaan agama. Tapi kita sebagai seorang Islam seharusnya faham. Berlapang dadalah dengan ALLAH. Kadang sedikit itu lebih baik daripada banyak kita tak mampu nak pikul.

YY rasa YY dah melalui pelbagai perkara dalam kehidupan selama tiga dekad ni. Dalam tempoh tu, YY belajar untuk sentiasa memandang ke bawah. Maksudnya pandang pada mereka yang lebih susah. Contoh macam saudara kita di Syria. Kita makan nasi lauk ikan kering kadang dah bising. Tapi diorang makan rumput tau! Tapi masih mampu lafazkan kesyukuran pada ALLAH. Tak beruntung ke kita jika dibandingkan dengan diorang? Dengan perbandingan tu, rasa marah dan dengki dengan rezeki orang lain, YY berjaya dikikis hari demi hari.

Sentiasa beringat dan ajukan soalan pada diri sendiri, "Siapa yang lebih tahu rahsia yang terbaik untuk kita?" Pasti automatik kita jawab, ALLAH SWT.

Moh sekejab luangkan tiga minit dalam masa berharga korang untuk hayati video oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ni. Semoga kita semua perolehi manfaat daripada perkongsian ni. Doakan juga semoga YY berjaya atasi rasa gemuruh ketika sesi temuduga yang entah bila akan dihadapi. Ingat juga pesan YY ni, Bersyukurlah, rezeki kita Allah sudah tentukan (^_^)

25 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park

7:10:00 am Yana Yani 27 Comments

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park | Dah agak lama kami merancang ke i-City Theme Park. Tapi sentiasa terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu. i-City satu ketika dahulu adalah antara tempat yang paling kerap kami sekeluarga jejaki. Daripada hanya ada sebatang pokok sehinggalah ke penuh dengan pelbagai aktiviti menarik. Daripada tanpa bayaran, sehinggalah ke setiap tempat dikenakan bayaran tertentu. Memang banyak memori kami di sini.

YY dah banyak kali sebenarnya ceritakan mengenai i-City ni. Antaranya di sini dan di sini. Itu pun ada banyak lagi. Tak lalu nak search satu persatu. Hehe! Kalau nak diceritakan, terlalu banyak perubahan yang dapat dilihat berbanding dahulu.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Sumber http://bit.ly/1Y8aX0T

Yang pasti, dalam banyak-banyak attraction yang ada di i-City, kami lebih suka ke City of Digital Lights. Ini adalah kali pertama kami masuk ke sini setelah bayaran sepenuhnya diperkenalkan. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM15 setiap seorang tak kira besar atau kecil. Free untuk yang mempunyai ketinggian 90cm ke bawah. Rasanya hanya mereka daripada kalangan Hobbit ataupun Dwarf tak perlu bayaran untuk masuk.

Korang juga perlu ada i-Card untuk masuk ke setiap attraction yang ada di i-City. Kalau belum ada, kena beli. Harga dia RM10 untuk satu kad. Kad ni lebih kurang mempunyai fungsi seperti kad Touch 'n Go. Satu keluarga boleh guna satu kad. Boleh kongsi kad tu dengan sesiapa sahaja. Tak payah keluar duit lagi beli kad lain.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Berpusing di Two Tier Carousel

Walau pada malam tersebut melayang RM70 termasuk harga i-Card, tapi YY rasakan sangat berbaloi. Kami boleh main kesemua permainan yang terdapat di dalam City of Digital Lights. Hanya ada dua permainan yang hanya mereka yang mempunyai ketinggian 90 sehingga ke 120cm boleh main iaitu Desert Trail dan Moon Jelies. Yang lain, semua boleh main puas-puas! Takde limit!

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Ronda di City of Digital Lights

Bagi mereka yang mempunyai ketinggian 90cm ke bawah pula, walau masuk adalah percuma, satu jenis permainan pun tak boleh main. Malang sekali. Tapi still boleh enjoy the view di sekitar City of Digital Lights seperti di Dancing Waters dan Mist Mountain.

Biasa budak-budak suka bagi ikan makan. So boleh pergi ke Feeding Fish Frenzy. Seronok juga dok tengok ikan makan. Harga untuk makanan ikan tersebut adalah RM5 per botol. Boleh dibeli dengan menggunakan i-Card. Pendek kata semua makanan dan minuman dalam City of Digital Lights tu, hanya boleh dibeli menggunakan i-Card sahaja.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Nampak membesar pula YY dalam gambar ni. Hehe!

Malam tu memang kami main kesemua permainan yang ada di situ sepuas-puasnya kecuali Disco Ride. MyChintaHati pun agak gerun nak main permaian tersebut. Jeritan mereka yang main permainan tersebut sudah cukup memberi amaran kepada kami untuk tidak mencuba. Siapa yang sukakan cabaran mungkin boleh cuba permainan tersebut. YY terdengar ada orang kata, dia punya feeling macam naik roller coaster. Betul ke idak, tidaklah ku tahu. Hehe!

Yang pasti Disco Ride dan Space Walk adalah permainan yang sangat popular dan harus dicuba sekiranya korang tidak takutkan ketinggian. Nak berbaris pun sikit punya panjang hanya untuk dua permainan ini sahaja.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Antara gambar yang sempat di snap di City of Digital Lights

Kalau tanya YY, YY paling suka Space Walk. Berada di awangan menggunakan kenderaan yang dikenali sebagai Adventure Train, memang awesome! Dapat pusing mengelilingi City of Digital Lights dan memandang dari sudut atas memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Serius seronok! Memang YY sangat recommend korang untuk mencuba.

YY bagi lima bintang! Hehe!

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
YY dan Aisyah di Space Walk menggunakan Adventure Train

YY tak nafikan pelaburan sebanyak RM70, plus parking RM10, untuk sesi santai bersama keluarga seperti ini memang sangat berbaloi. Kami sekeluarga sangat seronok pada malam tu. Afif dan Aisyah tak habis-habis mengucapkan terima kasih menandakan mereka sangat seronok. Entah bila peluang seperti ini akan diperoleh lagi.

Malam tu balik lepas pekena Mee Goreng Mamak, membongkang masing-masing. Besoknya kami berjalan lagi. Menghabiskan hari-hari terakhir menjelang Ramadhan.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Masa untuk pulang!
Operating hours untuk City of Digital Lights ni, adalah seperti berikut: -

Isnin sehingga Khamis, 5:00 petang sehingga 12:00 tengah malam
Jumaat, 5:00 petang sehingga 1:00 pagi
Sabtu, 5:00 petang sehingga 1:00 pagi
Ahad, 5:00 petang sehingga 12:00 tengah malam


Panjang juga YY membebel hari ni ye. Okaylah, rasanya itu ajelah bebelan YY untuk kali ini. Semoga ketemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

27 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara

7:41:00 am Yana Yani 28 Comments

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara | Pada dua terakhir Syaaban yang lalu, ada majlis sambutan hari lahir Rayna Zaara yang ketiga di rumah keluarga mentua YY. Berialah Mama Rayna a.k.a biras YY dok booking kami semua pada hari tu. Maklumlah, bukan senang nak kumpulkan semua ahli keluarga dalam satu majlis. Kebetulan pula hari tersebut adalah hari cuti bersempena dengan Keputeraan Yang DiPertuan Agong. Dapatlah kami semua berkumpul.

Majlis tu diadakan pada waktu makan tengahari dengan menu yang kalau dicerita, boleh bergegar jugalah jiwa especially time bulan puasa ni. Tapi memang awesome menu dia. Yang paling penting berjaya mengumpulkan kesemua adik-beradik MyChintaHati. Tu yang priceless.

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Kek yang ditempah khas untuk Rayna

Untuk makluman, Rayna ni anak kepada Abang MyChintaHati. Tapi jodoh lambat sikit berbanding MyChintaHati. Anak dia yang sulung sebaya Aisyah, Rayyan nama dia. Rayna hak yang paling kecik. Rasanya banyak kali juga cerita pasal budak dua beradik ni. Lagipun kami memang boleh kata tiap minggu berjumpa budak berdua ni. Kalau tak balik, bising diorang bertanya sebab takde kawan nak main sama-sama dekat kampung.

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Birthday girl ni buat muka cuak pula bila YY nak snap gambar. Hehe!

Kalau dah ramai-ramai berkumpul, memang agak pening jugalah nak melayan karenah memasing. Dapat pula pakai topeng mata tu, dah macam Teenage Mutant Ninja Turtle! Cuma tak dapat detect siapa Leonardo, Donatello, Raphael, ataupun Michelangelo. Rasa diorang ni kena ambil kuiz, Which Teenage Mutant Ninja Turtle Are You baru boleh detect. Hehe!

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Pening Eni melayan karenah anak-anak yang tiba-tiba berganda ramai. Hehe!

Budak-budak ni memula aje excited nak makan, lepas tu semua hilang! Ada aje pakatan diorang yang buat kami sebagai parent ni hanya mampu menggelengkan kepala. Hehe! Takpelah, kita kasi can! Bukan selalu dapat berkumpul camtu kan? Entah bila lagi dapat peluang gitu. Lepas dah bikin huru hara kat dalam rumah, diorang sambung makan aiskrim dekat luar. Elok cantik pula memasing dok tepi longkang.

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Dah macam model aiskrim pula memasing. Hehe!

Petang tu pula sempatlah diorang main air dengan hujan. Tak snap gambar sebab ada yang macam tidak sesuai dipertontonkan. Yang pasti, memang seronok betul diorang hari tu. Tak berhenti main! Kami pun tumpang seronok juga tengok memasing ceria dok main dengan sesama mereka. Biasa hubungan sepupu ni, masa kecik aje akrab. Kang dah beso, masing-masing bawa haluan sendiri kan. Anyway YY bercakap berdasarkan pengalaman sendiri aje. Hehe!

Hari tu memang penuh aktiviti kami. Malamnya pula, MyChintaHati bawa kami anak-beranak ke tempat yang dah sekian lama kami nak pergi tapi sentiasa ada halangan. Nanti dalam entri akan datang, YY cerita ye. Insya ALLAH.

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pengalaman Perbaharui Lesen Memandu P

1:07:00 pm Yana Yani 28 Comments

Pengalaman Perbaharui Lesen Memandu P | Alhamdulillah hari ini kita semua dah melangkah ke hari ketiga Ramadhan. Steady lagi semua kan? Hehe! Hari ni YY nak bercerita pengalaman YY perbaharui Lesen Memandu P pada permulaan puasa baru-baru ni. Tapi sejujurnya kan, YY macam tak percaya pula yang YY dah berjaya melepasi tempoh percubaan memandu. Terasa macam baru semalam YY dok senak perut mengadap JPJ. Sedar-sedar aje dah kena perbaharui lesen tersebut. How time flies!

Baca : Lesen P Berjaya Dimiliki!

Sebenarnya ada kisah yang agak kelakar jugalah masa nak perbaharui Lesen P ni. Sejujurnya, YY ni apa-apa pasal kereta memang tak ambil tahu. YY hanya tahu memandu aje. Serius! Lain tu dari isi minyak kereta, cuci kereta, pam tayar dan apa-apa berkaitan kereta, memang serah sepenuhnya pada MyChintaHati. Masa nak perbaharui lesen ni, YY pun meninggi harapan minta tolong MyChintaHati. Sekali dia kata, "Eh, takde-takde! Sampai bila nak harapkan Abang aje?"

Dah lah selama ni dimanjakan. Sekali tiba-tiba kena buat sendiri. Kes haru namanya ni tau! Memang terasa nak nangis bila MyChintaHati kata gitu. Tapi nak tak nak, terpaksa juga buat. MyChintaHati beria bagi guideline apa nak buat sehinggalah kepada apa yang perlu dicakapkan. Dah macam mengajar budak tadika pula. Risau juga gamaknya dengan bini dia ni. "Pergi aje Pejabat Pos tu, cakap nak renew lesen. Nanti diorang terus buatkan" kata MyChintaHati.

Pengalaman Perbaharui Lesen Memandu P
Lesen Memandu P dan Kad Pengenalan diperlukan untuk perbaharui Lesen P

YY pun masa first day puasa tu, dengan penuh confident pergi Pejabat Pos. Nasib orang tak ramai, so pegi kaunter terus kata nak renew lesen sambil dok hulur lesen dan IC. Sekali orang kat kaunter tu kata, "Eh, Lesen P kena pergi JPJ. Tak boleh renew sini"

Ah sudah! Ni memang kes naya tau! Habis semua orang YY telefon. Baru teringat nak cari cara-cara perbaharui Lesen Memandu P. Memang kena pergi JPJ rupanya. Kalau Lesen Penuh tu yang baru boleh perbaharui dekat Pejabat Pos. Cis! MyChintaHati bagi ajaran sesat! Pula tu boleh dia gelakkan bini dia. "Abang lupalah. Dah berzaman tak pakai P" sambil tak habis-habis dok gelak. Menci tau!


Bertemankan Abah, YY ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terletak di Padang Jawa. First time katanya. Nak berteman juga tu! Hehe! Sampai sana carilah bahagian Perbaharui Lesen. Nak dijadikan cerita, sistem nombor JPJ time ni rosak. So terpaksa beratur. Bayangkan first day puasa dah kena beratur panjang sampai ke pintu masuk. Dugaan sungguh! Mula dok terbayang kesedapan mengunyah Kari-Kari Ranggup. Hampeh betul! Tapi inilah namanya pengalaman kan? Hehe!

Anyway, untuk perbaharui Lesen Memandu P, korang kena bawa Lesen Memandu P, Kad Pengenalan dan gambar. Tapi gambar ni kalau tak nak bawa pun takpe. Diorang akan gunakan gambar yang sama pada Kad Pengenalan kita. Harga yang dikenakan untuk perbaharui Lesen P bagi setahun adalah RM30. Tapi kita akan dikenakan bayaran tambahan untuk pelarasan ke tarikh lahir sebanyak RM15.

Maksimum untuk perbaharui tempoh Lesen Memandu adalah lima tahun dan minimum pula, selama setahun. YY juga difahamkan enam hari sebelum tamat tempoh Lesen Memandu, kita dah boleh perbaharui lesen tersebut. Tapi sebelum dari tempoh enam hari, tidak digalakkan.

So begitulah cerita pengalaman YY perbaharui Lesen Memandu P. Penuh dengan dugaan dan cabaran katanya. Lepas ni kena beringat sebelum nak buat apa, better cari maklumat dulu sebelum pergi. Kalau main terjah aje, memang jadilah macam YY. Haru biru dibuatnya! Hehe!

Okaylah korang, setakat ni ajelah bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Oh, belum terlambat lagi rasanya YY nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua. Semoga bulan Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita insan yang lebih baik. Insya ALLAH.

Pengalaman Perbaharui Lesen Memandu P
Salam Ramadhan buat semua pembaca Diari Seorang Mama

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita

6:57:00 am Yana Yani 36 Comments

Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita| Sama ada kita percaya atau kita, kita tidak mampu hidup tanpa orang lain di sekeliling kita. Percayalah yang kita perlukan orang lain hampir di setiap sudut kehidupan kita. Bermula daripada kelahiran kita di dunia ini sehinggalah ke hari kematian kita. Orang lain dalam kehidupan kita melibatkan banyak kumpulan masyarakat. Salah satunya adalah mereka yang kita gelar jiran.

Baru-baru ini YY dan keluarga mendapat tiga jemputan kenduri di kawasan kejiranan kami yang diadakan pada hari yang sama. Mujur perbezaan masa menyebabkan ketiga-tiga undangan dapat dipenuhi.

Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita
Bukan main seronok dapat bermain dengan jiran setaman

Kebiasaannya sekiranya tiada halangan, YY dan MyChintaHati memang sentiasa membawa Afif dan Aisy ke mana-mana majlis yang menjemput kami. Ini adalah salah satu cara kami melatih anak-anak kami bermasyarakat.

Bagi YY, memenuhi jemputan kenduri adalah salah satu cara mudah mengajar anak-anak kami bermasyarakat. Secara tidak langsung kami melatih mereka bercampur dengan masyarakat yang berbeza segala segi. Ini mampu mengurangkan rasa kekok mereka untuk bercampur. Kami harap dengan cara ini mampu membentuk rasa kecintaan mereka untuk bermasyarakat.

Semua tak akan jadi kalau kami sebagai parent tidak memulakan dulu.

Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita
Perasan tak muka Afif yang macam tak sabar? Huhu

Untuk jadi role model terbaik pada anak-anak kita, kita harus mulakan langkah pertama dahulu. Kalau terasa susah, kita boleh mulakan dengan menegur atau paling koman pun senyum pada orang sebelah. Lama-kelamaan akan terbit rasa kecintaan untuk bermasyarakat. Anak-anak pun secara tak langsung akan mengikut.

Ada yang YY pernah nampak, dia melarang anak-anak dia bercampur dengan anak orang lain. Sedangkan bercampur atau bermasyarakat adalah keperluan yang sememangnya dicipta oleh ALLAH dalam diri setiap di antara kita. Sebab tu kita larang macamana pun, budak tu buat juga. Sebab naluri tu ada dalam diri mereka.

Ada juga yang YY nampak, anak pula yang disuruh campur. Dia pula langsung tak pernah nampak. Tak bolehlah macam tu. Macamana nak jadi role model yang baik. Kalau kita nak suruh anak kita buat, kita pun harus buat. Tak boleh tidak.

Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita
Handsome ler pula si kaca mata hitam tu. Huhu

YY bukan nak kata YY bagus dalam hal ni. Tak! YY cuma perasaan perkara ini sedang menjadi barah dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kita duduk berjiran, tapi kita tidak kenal dengan jiran. Lepas tu kita salahkan orang sebab tidak mengenali kita. Tapi sebenarnya kesalahan tu harus diletakkan pada diri sendiri yang memilih untuk tidak bercampur atau bermasyarakat.

Percayalah, perlakuan kita ini akan menyebabkan anak-anak kita juga menjadi orang yang sama seperti kita satu hari nanti. Jangan macam tu. Even agama kita sendiri cukup menjelaskan pentingnya kita bermasyarakat

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) - Surah Al-Hujuraat Ayat 13

Melatih Anak Bermasyarakat Bermula Dengan Kita
Macam kumpulan nasyid ler pula

Ni Ramadhan sudah mula menampakkan diri. Kita boleh mulakan bermasyarakat ketika bulan yang mulia ni. Boleh mulakan dengan bertukar juadah berbuka puasa ke. Tak pun masa terawih dekat surau atau masjid, kita boleh guna peluang tu untuk beramah mesra. Manalah tahu ia boleh menjadi pembuka ruang untuk kita meneruskan kehidupan bermasyarakat.

Anyway, bebelan YY hari ini lebih sekadar pendapat sahaja. Takde kena mengena dengan sesiapa. Apa yang YY catatkan ni, sekiranya benar, datangnya dari ALLAH. Kalau salah tu, diri YY sendiri yang masih dalam proses mencari. Ini juga merupakan entri terakhir YY untuk bulan Syaaban ni. Insya ALLAH kita akan ketemu lagi di bulan Ramadhan nanti.

Kredit http://bit.ly/1ZbOPBr

Di kesempatan ini, YY nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Marilah kita melipat gandakan amalan yang menjerus ke arah kebaikan. Semoga segala amalan kita tu diterima dan memberi kita tempat di sisi-Nya. Till we meet again, Assalamualaikum.

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Mudah Puding Roti Coklat

7:30:00 am Yana Yani 23 Comments

Resepi Mudah Puding Roti Coklat | Resepi ini terhasil kerana pada ketika itu ada roti yang telah luput. Nak buang gitu aje, sayang pula kan. So YY bercadang nak buat puding roti tapi versi coklat. Dekat rumah YY ni, apa sahaja makanan berunsur coklat, memang laku sangat. Resipi asal YY perolehi daripada Kaktus Berduri. YY olah sikit mengikut kesuaian tekak YY dan paling penting mudah cara penyedian.

Bahan untuk buat Puding Roti Coklat terbahagi kepada dua. Untuk bahagaian pertama, korang perlukan bahan berikut. By the way, time ni korang dah boleh start panaskan oven dengan suhu sekitar 180C. Pastu loyang dah boleh letak kertas kek atau aluminium yang disapu mentega atau marjerin bagi memudahkan kerja-kerja membawa keluar puding bila siap masak nanti.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Bahan untuk bahagian pertama Puding Roti Coklat

Bahan A
- Sepuluh keping roti dibuang bahagian kulitnya
- Satu (1) tin susu cair
- Separuh bahagian coklat masakan yang dihiris halus
- Sedikit cip coklat
- Jem coklat untuk disapu pada roti

Memula sekali sapu jem coklat pada roti yang telah dibuang kulitnya. Lepas tu susun roti pada loyang diikuti coklat masakan yang telah dihiris halus. Ulang langkah ni sampai roti dan coklat masakan habis.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Contoh lapisan Puding Coklat yang pertama

Akhir sekali taburkan cip coklat seberapa banyak yang korang suka diikuti dengan menuang satu tin susu cair pada roti tadi. YY lupa nak snap gambar part ni. Faktor usia mungkin antara punca. Hehe! Anyway, biarkan adunan roti tadi terendam seketika.

Meh kita buat bahagian kedua pula.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Bahan untuk bahagian kedua Puding Roti Coklat

Bahan B
- Tiga (3) biji telur gred A
- Setengah cawan gula
- Satu (1) tsp esen vanila
- Satu (1) tbsp tepung jagung
- Satu (1) tbsp coklat emulco (tak letak pun takpe)
- Tiga (3) tbsp marjerin yang dicairkan
- Tiga (3) tbsp serbuk koko yang dicampur bersama tiga (3) tbsp air suam

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Rupa bahan B yang telah dicampurkan

Pukul telur sampai kembang bersama gula. Campurkan marjerin yang dicairkan bersama dengan serbuk koko yang telah dicampurkan air. Pukul sehingga bahan sebati. Masukkan coklat emulco dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Pukul sehingga kesemua bahan sebati seperti gambar di atas.

Lepas tu tuang adunan bahan B ke dalam acuan yang mengandungi bahan A tadi. Gambar untuk part ni pun YY lupa snap. Again, faktor umur mungkin puncanya (^_^)

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Rupa Puding Roti Coklat yang baru masak

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi. Bakar selama lebih kurang 40 minit. Biasanya kalau baru masak, rupa Puding Roti Coklat ni macam gambar dekat atas. Tapi jangan tertipu. Kejab aje kejadian dia meninggi naiknya tu.

Nanti dah sejuk, dia turun. Jangan paniklah pula kalau dia turun tetiba. Memang gitulah kejadian Puding Roti Coklat ni. Agak dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Puding Roti Coklat yang siap untuk dihidangkan

Dah sejuk tu, bolehlah dipotong dan dihidangkan. Puding Roti Coklat ni memang sedap dihidang ketika sejuk. Anak-anak YY cukup suka makan. YY pun dah pernah bagi juga orang lain rasa Puding Roti Coklat versi YY ni. Siap ada yang syorkan YY meniaga lagi. Merasalah kembang hidung untuk beberapa ketika. Hehe!

So begitulah resepi Puding Roti Coklat. Senang dan mudah aje kan? Lepas ni korang bolehlah cuba buat. Insya ALLAH sedap. Hidangkan time buka puasa nanti lagi awesome. Eh, tetiba! Hehe! Bukan apa, semangat nak menyambut Ramadhan ni! Hehe!

Rasanya sampai di sini sahajalah bebelan YY untuk kali ini. Moga bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum.

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

23 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...