Happy Anniversary Hainom OKje!

7:06:00 am Yana Yani 16 Comments

Happy Anniversary Hainom OKje! | YY dah agak lama tak menyertai sebarang GA di blog. Kalau di Facebook tu agak aktif juga. Senang sikit syarat dia kalau compare dengan blog. Lagipun YY ni terkena penyakit M hari tu. Teruk jugalah serangan penyakit M kali ni. Ni kira dah sihatlah, tu yang muncul kembali setelah beberapa ketika.

Bila dah muncul tu, dapat tahu pula my sweet and lovely Hainom OKje (ayat bodek) buat GA sempena ulang tahun perkahwinan dia yang ke 21.

Hadiah yang ditawarkan pun sangat attractive. RM50 cash okay! Banyak tu weh! Lepas beli dua botol minyak masak! Duit punya pasal, terus “hidup” YY dibuatnya. Haha! Terus bersemangat memerah segala idea. Malulah kalau wartawan Utusan (gelaran Hainom OKje bagi pada YY) tak berjaya dalam GA ni.

Happy Anniversary Hainom OKje!
Happy 21st Wedding Anniversary Hainom OKje!

Tapi tulah, nak buat karangan ni letih otak! Padanlah muka kan. Siapa suruh lama sangat bertapa. Kan dah tepu otak jadinya. Nak cairkan balik segala idea yang tepu tu dah satu hal. Tapi takpe! Demimu Hainom OKje (sebenarnya demi RM50) ku gagahkan jua! Haha!

Anyway, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan Hainom OKje yang ke 21. Tak sangka dah dua dekad dia dan suami melayari alam rumahtangga. Muka nampak cam muda remaja lagi aje. Kalau dia selfie dengan anak-anak, memang nampak cam adik-beradik aje (Ni bukan bodek, jujur okay!)

Siapa sangka dah dua dekad rupanya Hainom OKje dan suami melayari bahtera perkahwinan. Pastinya mereka telah melalui pelbagai ombak badai bagi memastikan bahtera perkahwinan mereka terus gah sehingga ke hari ini. Nak membina sesebuah rumahtangga itu senang, tapi nak mengekalkannya perlu banyak pengorbanan dan ianya bukan satu kerja mudah tau!

Happy Anniversary Hainom OKje!
Lukisan yang menggambarkan betapa sweetnya mereka ni. Ayat bodek. Haha!

Dari pembacaan, YY dapat tahu yang Hainom OKje dan suami sudah pun berada di fasa ke empat yang merupakan fasa terakhir dalam alam perkahwinan. Dikatakan pasangan yang berada di fasa ini sudah boleh berasa selesa kerana telah mengenali sepenuhnya pasangan masing-masing.

Buat Hainom OKje dan suami, di kesempatan ini YY nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 21. Semoga hubungan kalian berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Teruskan sikap toleransi kerana YY percaya ia adalah resepi kebahagian sesebuah rumahtangga. Maintain sweet juga tau. Suka tengok gambar korang berdua walau jiran sebelah rumah korang selalu dok jealous. Abaikan aje dia. Haha!

Hainom OKje pesan, "Buat satu entry khas mengenai blog mak dan selitkan ucapan Wedding Anniversary mak yang 21"

Tapi YY tak tahu apa yang YY merepek ni. Yang YY tahu, Hainom OKje kena pastikan YY tersenarai antara tiga pemenang tu eh! Lagipun YY jumpa mascot korang ni. Ni YY tempek kat sini. Exclusive untuk tatapan Hainom OKje. So ni kira added advantage lah kan? Haha!

Happy Anniversary Hainom OKje!
Maskot Hainom OKje (^_^)


16 comments:

  1. Replies
    1. haha...amiin. manalah kot ada rezeki dak =)

      Delete
  2. Lama YY hilang kan?? hehe.. terperasan juga lama tak muncul. Harap2 penyakit M dah beransur ya... SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 21 buat kak Hainom... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, lama juga atie.
      kena serangan penyakit M. jenuh nak pulih balik tau =)
      dah hujung tahun ni rasanya idak kot
      terpaksa aktif...haha
      ada banyak pula rezeki masuk melalui blog

      Delete
  3. Terima kasih sudi join YY.....
    Tulah betapa lama sangat, bulu dah panjang lum? Bulu mata, jangan salah sangka haha.....Alahai sweetnya Jilapah suami isteri terlentok lentok tu...
    Apa pun terima kasih atas doanya ye YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulu mata mana boleh panjang...haha
      puas cari tu tau! sekali terjumpa
      ni kira dah menang ke camne ni? haha

      appaun selamat ulang tahun perkahwinan ye OKje
      semoga berbahagia hingga ke Jannah =)

      Delete
  4. Amboi! Wartawan utusan dah keluar dari bilik besi rupanya! Memang nampak berbeza betul garapan wartawan utusan dengan selebriti yang lain.

    Eh, ni pasal anniversary Makkan, kalau tak selit 'umpatan' sikit-sikit pasal Kak Ton tu tak boleh ke?

    Hai, macam ni memang lagi tipislah harapan Kak Ton untuk menang duit beli minyak masak!

    Tapi memang Kak Ton tak menaruh harapan pun! Mak dah kata Kak Ton memang tak akan dipilih. Huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! pepagi dia dah serbu sinilah! tatutnya!
      alah, relaxlah besan to be. haha
      bukan mengumpat pun, menyebut aje. haha!
      tu pun nama takde...chill lah. haha!

      rasanya tak boleh menanglah
      lagi ramai yang best. saya tu entah apa benda merapu
      gigih malam jumaat menyiapkan entry ni tau
      tu yang nak tulis lain, tapi terkeluar lain...haha
      kalau menang ye rezeki...tak menang, mogok! haha

      Delete
  5. tahniah menang!! singga dr GA Y SAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. menang ke? yeke?
      cam tak caya pula boleh menang ni
      ni nak kena lompat ke apa ni!
      yahoooo...menang!!!

      Delete
  6. semoga mereka bahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...