Alahai Aisy IV (^_^)

12:24:00 am Yana Yani 0 Comments

Lepas dah tahu Aisy sakit apa (klik sini kalau belum tahu lagi), aku mula tak keruan. Semua serba tak kena. Terasa macam satu dunia menyalahkan aku.

Pagi 14 Oktober itu, selepas kedatangan doktor pakar, aku didatangi seorang doktor lepasan ijazah. "Puan, kita nak ambil darah anak puan" kata doktor tersebut sambil cuba mendukung Aisy. Tangisan Aisy mula kedengaran bila doktor tersebut cuba memegang dia.

"Tak apa, biar saya yang dukung" kata aku sambil cuba menenangkan Aisy. Aku dibawa ke bilik rawatan lain dari yang sebelum ini. Seperti sebelum ini, aku diminta tunggu di luar dan seperti sebelum ini juga aku menurut tanpa membantah.

Bilik kali ini mempunyai rekahan pintu yang mana aku boleh dengan jelas nampak setiap perbuatan doktor. Terasa begitu sakit hati bila aku nampak dengan jelas Aisy dicucuk lebih dari sekali. Aku juga nampak dengan jelas jarum ditonyoh di tangan dia yang comel kerana darah tak keluar. Hati Mama aku ini meronta bila tengok Aisy menangis kesakitan.

"Darah tak keluar. Nanti saya minta doktor lagi seorang buat" kata doktor tersebut ketika keluar dari bilik rawatan tersebut. Aku agak kebingungan ketika itu dan aku tidak memberi sebarang respon ke atas jawapan doktor tersebut.

Doktor kedua yang dimaksudkan datang dan Aisy dicucuk buat kali ketiga!

 
Petang hari yang sama, aku didatangi lagi oleh doktor yang gagal mengambil darah Aisy.

"Puan, kita perlu ambil darah anak puan lagi" kata beliau. Apa yang dikatakan oleh doktor tersebut cukup membuat aku angin satu badan. "Bukan pagi tadi dah ambil ke?" tanya aku dengan muka marah.

"Oh, yang pagi tadi tu ada sikit confusion sebab kan doktor lain yang ambil" kata doktor tersebut dengan senyum yang buat aku rasa nak lempang. "Macam mana you boleh kata confusion?" tanya aku dengan nada hampir menjerit.

Mungkin kerana terkejut dengan teriakan aku beliau hanya berkata, "Tak apa nanti kita datang lagi" sambil berlalu pergi.

Tak lama kemudian datang lagi seorang doktor meminta keizinan aku untuk ambil darah Aisy. "No!" tegas aku.

"Berapa kali you all nak ambil darah dia? Dia baru dua hari dekat sini dah lebih dari sepuluh kali kena cucuk! Kita orang besar pun tak tahan. Sakit tahu tak! You tahu tak sakit tu apa? Macam mana you all buat kerja?" soal aku bertubi-tubi pada doktor tersebut dengan nada marah.

Terasa sakit sangat kepala masa tu. Macam nak makan orang pun ada. Aku tak pernah marah macam tu seumur hidup ini.

Doktor tersebut cuba memujuk aku dengan memberi pelbagai alasan. Akhirnya aku mengalah, "Okay, tapi I nak you cucuk dia depan I!" tegas aku. "Puan pasti ke puan nak tengok?" tanya doktor tersebut sambil mengeluarkan jarum.

"Yelah!" jawab aku dengan nada suara tinggi. Aisy menjerit kesakitan saat jarum menusuk kulit beliau. Hancur hati aku melihat dia macam tu. Aku menangis dalam hati.

"Sabar sayang, adik kuat! Sayang anak Mama" aku cuba memujuk Aisy.

"Lepas ni no more blood test!" kata aku kepada doktor tersebut. Dia hanya membisu sambil membetulkan balutan pada kaki Aisy.


Lepas tu apa jadi? Kenalah tunggu kalau nak tahu. Hehe!

Entri lain yang berkaitan:
1. Alahai Aisy
2. Alahai Aisy II
3. Alahai Aisy III
4. Alahai Aisy IV
5. Alahai Aisy V

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...