Blog Review | SYIDA MENULIS

10:34:00 am Yana Yani 42 Comments

Hari ni YY nak review blog keenam yang yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM). Blog yang ni adalah milik seorang blogger yang masih baru berkecimpung dalam dunia blogging. Sebab dia pangkat junior, so senang sikit nak hentam ni. Hehe!

Blog yang YY maksudkan adalah milik seorang gadis muda yang berasal dari Kedah dan sekarang menetap di Pulau Pinang. Nama sebenarnya gadis ini adalah Syida dan dia menggunakan nama pena +Qaseh Abadi.

Walau dia bekerja sepenuh masa, dia juga belajar di salah sebuah universiti tempatan secara jarak jauh. Bukan senang nak kerja sambil belajar. Stress level dia agak tinggi sebab kena hadap dua kali. Satu di tempat kerja, satu lagi di universiti.
Blog Review | SYIDA MENULIS
Klik banner untuk ke blog SYIDA MENULIS

Blog SYIDA MENULIS amat ringkas dan agak ringan berbanding blog yang YY review sebelum ni. Agak mudah diakses sama ada menggunakan mobile ataupun komputer. Tak banyak yang boleh diulas walau permulaan ada niat nak menghentam. Hehe! Jahat sungguh Mama Afif dan Aisyah ni.

Cuma satu yang perlu Syida pertimbangkan adalah penggunaan side bar yang dia letak di bahagian kiri dan kanan. YY nasihatkan Syida hanya perlu letak di satu bahagian aje. Sebab utamanya adalah pembaca perlu scroll untuk membaca apabila mereka menggunakan windows side by side. Kebiasaanya side bar bukan main attraction seseorang pembaca ke blog.

Other than that dah okay. Perlu tambah widget enjin carian aje sebab YY perhatikan Syida ada banyak juga menulis sesuatu berbentuk tips dan ilmiah. Pastu kalau Syida pandai selitkan dalam entry teknik asas search engine optimization (SEO) dah cantiknya dah. Syida ada bakat menulis.

Blog Review | SYIDA MENULIS
Blogger Syida a.k.a Qaseh Abadi

Oh ya, Syida ni juga adalah salah seorang pengedar supplement yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia tika ini, apa lagi kalau bukan Shaklee. Korang boleh liaise directly dengan Syida, manalah tahu dia boleh bagi harga kasih sayang. Hehe!

Lagi satu, anak dara seorang ni pandai menjahit tau! Dia pandai juga menggunakan kreativiti dia bila menjahit. YY pernah nampak dalam blog dia, dia buat pembalut steering kereta. Semua tu perlukan kreativiti bukan bakat semata. Hebat, hebat.

So pada sesiapa yang belum mengenali Syida, silalah berbuat demikian. Dia pun sangat rajin menghantar pasukan bom ke blog YY ni. Kadang lama tak nampak. Tapi bila tiba dia memunculkan diri, bersepai juga badan sebab kena bom dengan dia. Hehe!

YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. YY minta ampun dan maaf khususnya buat cik adik manis kita, Syida sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Syida. Review ini hanya berdasarkan pandangan peribadi semata.

Berakhirnya review untuk hari ini, maka tinggal lagi empat blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga penghujung bulan Oktober untuk lunaskan janji YY. So blog siapa seterusnya? Tungguuu...

42 comments:

  1. Anak dara ni memang murah hati...kreatif pun ye.. :-))

    ReplyDelete
  2. bolehlah akak terjah nanti sebab akak tak follow lagi rasanya blog syida nih

    ReplyDelete
  3. Alamak, malu pulak bila kena review camni.. hehe.. TQ sis atas nasihat.. Nanti i cuba ubah apa patut.. nasihat macam ni sangat diperlukan nak improve blog quality.. TQ TQ again.. by the way I asal Kedah tau.. Hahaha.. tapi stay penang la sekarang.. ;) apa2 ajelah yg pasti tetap utara kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu pasal apanya yunk wei...hehe
      mana boleh ikut tu, ikutlah...untuk kebaikan =)

      yeke? okay2...ubah dah! hehe

      Delete
  4. Masih tak paham pasal SEO tu, mana tahu sis leh share kat sni apa benda tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga nak ulas bab ni sebab bukan kemahiran saya
      sikit yang saya boleh share, pastikan tajuk dan entry pada perenggan pertama atau 100 ayat pertama mengandungi perkataan dari tajuk entry tu. paham dak?

      contohnya tajuk dia cara-cara kupas bawang. so pastikan dalam perenggan pertama ada perkataan cara-cara kupas bawang. google senang nak indek bila buat gini.

      kalau tak paham juga, cer cari blog hasrul hasran
      dia adalah sifu SEO popular kat dunia blogging ni
      dia juga sangat helpful =)

      Delete
    2. saya pun tak pandai bab SEO ni, kena belajar lagi..bila dah menulis tak sedar pun perenggan pertama ke kedua ke..

      Delete
    3. kena selalu praktis benda ni sal
      akak dulu pun tak berapa tahu...tapi ok lah sikit2

      Delete
  5. Sidebar paling bagus duduk belah kanan sebab biasanya page akan loading belah post dulu..iatu kiri..kalau letak sidebar kiri kanan, post kat tengah adalah benda terakhir yang keluar bila loading..kadang2 orang ni malas nak tunggu post keluar,lambat je memang selamat tinggal romeo la jawab nya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia...otai sudah mai!
      shida...take note senior ni punya komen ye.
      dia ada pengalaman lebih dari saya.

      Delete
    2. take note gak! great advice DR!

      Delete
    3. baguih! ikut cakap cikgu na
      jangan maleh =)

      Delete
  6. HI Syida.. bole berkenalan ( sambil mata kelip-kelip) hehehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kenapa saya pun terikut kelip-kelip mata ni

      Delete
  7. okay kejap lagi nak terjah..tabik sprig la kat beliau..bukan senang bekerja sambil belajar..kalau saya dah sembelit otak da..ahahhahhhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah...jangan tak terjah ye
      betullah tu, adik akak dulu stress memanjang
      jenuh dia nak habiskan empat tahun tu

      Delete
    2. kerja atau belajar alone pun dah stress, kalau sekaligus, matilanak...

      Delete
    3. akak tgk adik akak yang sebaya kamu tu sal dulu sal
      seksa sunggug rasanya dia nak ngabiskan pengajian
      kesian sungguh tengok dia dulu
      alhamdulillah dapat juga apa yang dia impikan

      Delete
  8. cik syida tu pandai memasak jugak kannn., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu plak...tapi mungkinlah
      nama pun perempuan kan wak =)

      Delete
  9. Semoga tuan punya blog Cik Shida terus maju jaya dalam berblog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn...terima kasih bunda ye
      hopefully syida baca komen bunda ni

      Delete
  10. hehe..lama skuad pengebom berani mati Syida ni menyepi...sibuk kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia belum sempat anto ke blog kamu kot
      blog akak dia dah sampai dah =)

      Delete
  11. Melalui blog review ni, banyak blog yang baru saya kenali. Nampak hampir semua blog wanita... Bolehlah review blog BM, wakil jejaka...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kebanyakkannya blogger wanita BM
      alahai BM...
      tak akan blogger sendu macam saya nak review blog BM
      saya tak layaklah BM

      Delete
  12. Nanti nak terjah jugak ni..

    ReplyDelete
  13. oh. bila sebut syida. x kenal sangat. bila tngok nama Qaseh Abadi, baru tahu siapa. hahaha. stressnya kerja sambil study. saya ni pun macam otw juga je kerja dan study. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia guna nickname qaseh abadi
      akak dulu pun xtau
      tapi sejak dah tau, memang guna nama dia aje
      stress! akak tak alami...tp nampak adik...perghhh!

      Delete
  14. nak terjah blog beliau lepas ni.. ;)

    ReplyDelete
  15. Wah, hebat juga anak dara seorang ni! Kalah mak dara yang ada ^_^ Ramai pulak rasanya ada skuad bom sendiri yerk. Ni boleh buat geng ni senang nak buat aktiviti bom mengebom. Kau bom aku, aku bom kau balik. Tak ke gitu, YY?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengomen kat blog DSM ni memang hebat
      tak kiralah mak dara ke or anak dara...hebat belaka!
      itu biasalah MD...tu yang meriah..hehe

      Delete
  16. Macam belum pernah jejak lagi blog dia.

    ReplyDelete
  17. kita dtg melawat lepas nampak entri blog syida pasal DSM...salam kenal yer....seronoknya ada orang review2 ni :D hihihiihih


    salam kenal dari Germany :D Mai la rumah kami:
    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! terharunya!
      dari jauh mai rumah kita =)
      ada tiket sekali dak nak suh kita p rumah ni. hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...